MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA
Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Serba Salah”.
R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.
Semoga terhibur.
Terima kasih.
Lirik Lagu
Memang nasib saya tidak baik
Dapat bini, bodoh campur cerdik
Saban hari dia suka bersolek
Sampai otak saya jadi naik pelik
Dicakap salah tak cakap salah
Jadi semua serba salah
Jikalau sudah dia kerja didapur
Nasi dimasak menjadi bubur
Ikan disiang semuanya hancur
Perencah dibubuh habis bertabur
Ditegur salah tak tegur salah
Jadi semua serba salah
Kerja dirumah cukupnya malas
Baik menyapu baik berkemas
Bangun tidur pukul lima belas
Laki yang mana hati tidak panas
Dilarang salah tak larang salah
Jadi semua serba salah
Muka naik pucat badannya pun letih
Disuruh bikin kopi dibikinnya teh
Disuruh beli roti dibelinya kuih
Laki yang mana tidak berleteh
Dibilang salah tak bilang salah
Jadi semua serba salah
Disuruh ambil gelas diambilnya cawan
Disuruh ambil piring diambilnya pinggan
Disuruh ambil mentega diambil belacan
Hati yang mana kita boleh tahan
Diajar salah tak ajar salah
Jadi semua serba salah
Disuruh ambil parang diambilnya pisau
Disuruh ambil beg diambilnya pau
Disuruh beli mee dibeli kueh teow
Disuruh beli rokok
Dibeli sentil tembakau
Diturut salah tak turut salah
Jadi semua serba salah


































