Category: Uncategorized

  • Kunjungan daripada ACP (B) Mohammad Zain serta Isteri

    Kunjungan daripada ACP (B) Mohammad Zain serta Isteri

    Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada peminat P.Ramlee daripada Pulau Pinang iaitu ACP (B) Mohammad Zain serta isteri. Pada masa yang sama, Cikgu Ahmad Ayub menyerahkan baju cetakan beliau untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee Sarawak 2022 kepada ahli kumpulan Geng Pau Suri. Majlis hari ini juga telah dihadiri oleh Tuan Hj Sazali dan juga Zamahari Materang.

    Terima kasih buat Tuan Mohammad Zain serta isteri dan juga semua yang hadir pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi kelak. InsyaAllah. Aamiin.

  • Penggambaran “Kuppa Kopi” RTM Sarawak

    Penggambaran “Kuppa Kopi” RTM Sarawak

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Alhamdulillah, pada petang tadi, krew RTM Sarawak telah datang ke Galeri Lebok Dana untuk melakukan penggambaran buat rancangan “Kuppa Kopi”. InsyaAllah Galeri Lebok Dana sekali lagi akan muncul di RTM TV1 pada 23 Ogos 2022 nanti. Sama-sama kita nantikan.

    Tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM Sarawak kerana sudi memilih Galeri Lebok Dana untuk muncul dalam rancangan “Kuppa Kopi”.

    Semoga kita berjumpa lagi.

  • Galeri Lebok Dana @ Juh Kayo Kayo (Steadey) TV Okey

    Galeri Lebok Dana @ Juh Kayo Kayo (Steadey) TV Okey

    Galeri Lebok Dana dalam slot Juh Kayo Kayo @ Steadey di TVOkey pada hari Khamis minggu lepas 28 Julai 2022. Terima kasih kepada pihak RTM, TVOkey kerana sudi singgah ke Galeri Lebok Dana.

    Sumber Video : RTMKlik

  • Kamsani – Mengapa Kau Tinggalkan Daku

    Kamsani – Mengapa Kau Tinggalkan Daku

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada malam ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang bertajuk “Mengapa Kau Tinggalkan Daku” yang dinyanyikan oleh Kamsani. Mari sama sama kita dengarkan lagu ini.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Kamsani – Mengapa Kau Tinggalkan Daku

    Mengapa kau tinggalkan daku
    Sampaikan hatiku merindu
    Bila ku kenang masa yang lalu
    Terharu-haru di dalam hatiku

    Mengapa kau tinggalkan daku
    Kau yang dulu memikat hatiku
    Dengan lemah gemulai badanmu
    Merayu-rayu kepada sukmaku

    Apa aku kah yang bersalah
    Walaupun aku tak mengerti
    Jikalau sungguh aku berdosa
    Maafkan aku saja [4x]

    Kembalilah sayang padaku
    Kasihankanlah kepadaku
    Sampai hati kau meninggal daku
    Aku sentiasa menanggung rindu

  • Sesi Penggambaran Untuk Segmen “Juh Kayo-Kayo Kita” – RTM Sarawak

    Sesi Penggambaran Untuk Segmen “Juh Kayo-Kayo Kita” – RTM Sarawak

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan daripada krew RTM Sarawak. Tujuan mereka ke Galeri Lebok Dana adalah untuk membuat penggambaran untuk segmen “Juh Kayo-Kayo” dalam rancangan “Steadey” yang ditayang setiap minggu pada hari Khamis jam 3.30 petang di TV Okey.

    Terima kasih banyak-banyak buat RTM Sarawak kerana sudi memilih Galeri Lebok Dana sebagai salah satu lokasi penggambaran. InsyaAllah kita berjumpa lagi di masa akan datang.

  • R. Azmi – Rindu Dendam

    R. Azmi – Rindu Dendam

    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu piring hitam yang berjudul “Rindu Dendam” yang dinyanyikan oleh Raja Azmi Raja Ambiah ataupun lebih dikenali sebagai R.Azmi. Lagu ini merupakan saduran daripada lagu yang dipopularkan oleh seorang artis lagenda daripada India iaitu mendiang Lata Mangeshkar yang bertajuk “Zindagi Bebas Hui Hai” dalam filem Anarkali pada tahun 1953.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Demi alam yg luas
    Bebaskan beta lepas
    Agar cinta abadi
    Dapat ku nikmati

    Memang cinta itu buta tak mengenal sgalanya
    Namun beta tak berdaya hanya aku berserah
    Oh tuhan yg berkuasa!!
    Lihatlah aku kecewa.

    Demi alam yg luas bebaskan beta lepas!

    Tapi kini ku rela
    Walau d lamun asmara
    Hanya ku bawa berdiam
    Segala rindu dendam

    Oh tuhan yg berkuasa!sampaikanlah maksud BEta
    Demi alam yg luas
    Bebaskan beta lepas

    Agar cinta abadi
    Dapatlah ku Nikmati.

  • P.Ramlee – Hujan di Tengah Hari

    P.Ramlee – Hujan di Tengah Hari

    Assalamualaikum dan salam sejahtera hari buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul “Hujan di Tengah Hari”. Lagu ini merupakan OST daripada filem beliau yang bertajuk “Perjodohan” arahan B N Rao Tahun 1954 Keluaran Malay Film Production Jalan Ampas, Singapura.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Sedih rasanya hati di dalam
    Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
    Di mana aku hidup bersama si dia
    Tak pernah rasa aman bahagia

    Perselisihan sering terjadi
    Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
    Namun begitu dia selalu terburu
    Tegak meluru menurut nafsu
    Andainya dia dapat mengubah
    Tetap kuterima
    Mendirikan mahligai ria
    Tapi tak berdaya

    Kusangka panas sampai ke petang
    Rupanya hujan di tengahari

  • Rubiah – Sayang di Sayang

    Rubiah – Sayang di Sayang

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam lama yang bertajuk “Sayang di Sayang” nyanyian Rubiah dengan iringan Samudra Orchestra. Lagu ini merupakan ciptaan Zubir Said dan disusun oleh Doding Suliano. Lagu ini juga digunakan dalam filem “Rachun Dunia” yang dibintangi oleh P.Ramlee, Siput Sarawak, Osman Gumanti, Kasmah Booty, yang merupakan filem arahan B.S Rajhan pada tahun 1950. Lagu “Sayang di Sayang” ini telah dinyanyikan semula oleh artis-artis terkenal seperti Kartina Dahari, Rafeah Buang dan Ning Baizura.

    Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Angin menderu
    Dahan jatuh
    Menimpa batu
    Kuburan

    Angin menderu
    Dahan jatuh
    Menimpa batu
    Kuburan

    Murai terkejut berkicau-kicaun
    Langit mendung di liputi awan
    Alamat bumi di sirami hujan
    Sayang di sayang

    Murai terkejut berkicau-kicaun
    Langit mendung di liputi awan
    Alamat bumi di sirami hujan
    Sayang di sayang

    Hati ku rindu
    Orang jauh
    Tak lupa dari
    Kenangan

    Hati ku rindu
    Orang jauh
    Tak lupa dari
    Kenangan

    Fikiran kusut merisau-risauan
    Sakit untung di tinggalkan abang
    Ibarat kapal tidak berhaluan
    Sayang di sayang

    Fikiran kusut merisau-risauan
    Sakit untung di tinggalkan abang
    Ibarat kapal tidak berhaluan
    Sayang di sayang

  • Makan Tengah Hari dan Penyerahan Potret Ahli Kumpulan Geng Pau Suri (GPS)

    Makan Tengah Hari dan Penyerahan Potret Ahli Kumpulan Geng Pau Suri (GPS)

    Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada tengah hari tadi, Geng Pau Suri berkumpul sebentar untuk menjamu selera di Galeri Lebok Dana. Menu tengah hari tadi umai ikan, linut @ ambuyat, sagu, sayur dan jeruk asam. Selepas menjamu selera, Presiden Geng Pau Suri menyerahkan lukisan potret ahli kumpulan GPS kepada saya untuk diletakkan di galeri ini. Terima kasih buat sahabat Wayne Major. Semoga kita dapat berkumpul lagi di masa akan datang. InsyaAllah aamiin.

    Lagu : Hanya Dikau

    Penyanyi : Tan Sri P.Ramlee

  • Kunjungan Mesra daripada Encik Awang Putrayusrie

    Kunjungan Mesra daripada Encik Awang Putrayusrie

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang ini, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan mesra daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, En. Awang Putrayusrie Bin Awang Redzuan. Semasa kunjungan, saya sempat menceritakan sejarah Galeri Lebok Dana, menunjukkan koleksi-koleksi yang ada dan juga membincangkan perancangan aktiviti untuk Galeri Lebok Dana.

    Jutaan terima kasih buat En. Awang Putrayusrie kerana sudi meluangkan masa untuk melawat ke galeri saya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa kelak.

    Lagu 1 : Dengarlah Gemala Hati

    Penyanyi : Tan Sri P.Ramlee

    Lagu 2 : Kalau Kaca Menjadi Intan

    Penyanyi : Tan Sri P.Ramlee & Hashimah Yon