Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada malam semalam, Galeri Lebok Dana telah dikunjungi oleh seramai 6 orang krew daripada RTM Sarawak untuk melakukan penggambaran video promo untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 22 Oktober yang akan datang.
Terima kasih RTM Sarawak kerana sudi memilih Galeri Lebok Dana sebagai lokasi penggambaran untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee pada kali ini. Semoga kita boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang. InsyaAllah aamiin.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada tengah hari tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan khas daripada Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan juga Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff bersama dengan ahli-ahli Kelab Peminat P.Ramlee & Saloma (KPPRS) Perlis. Mereka sekarang berada di Sarawak untuk menghadiri Seminar Festival Apresiasi Karya P Ramlee yang dianjurkan oleh Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS) di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka bermula dari 1 Oktober hingga 3 Oktober.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke Galeri Lebok Dana. InsyaAllah semoga kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Aamiin.
Lagu 1 : Gelora Jiwa Penyanyi : P.Ramlee & Lena
Lagu 2 : Apabila Kau Tersenyum Penyanyi : P.Ramlee
Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana
Pada petang ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu daripada piring hitam yang berjudul “Takut Dimadu”, nyanyian Jasni dan Momo Latiff. Jasni dan Momo Latiff merupakan di antara pasangan duet yang terkenal pada era 50-an dahulu.
Jangan kekanda kata begitu, kata begitu Hancur rasanya jiwa dikalbu, jiwa dikalbu Memang perempuan suka cemburu Sebab takut kena dimadu Memang perempuan suka cemburu Sebab takut kena dimadu
Sayang.. Seribu sayang Ada duit abang disayang Sayang.. Seribu sayang Tak ada duit abang melayang
Jangan dinda susah dan bimbang, adinda bimbang Kanda tetaplah sayang adinda, adinda sorang Jangan kuatir tentang bermadu Kau sorang idaman kalbu Jangan kuatir tentang bermadu Kau sorang idaman kalbu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul “Selamat Berbahagia Wahai Kekasih” yang dirakamkan pada tahun 1957. Lagu ini dipercayai ditujukan khas kepada Saloma yang telah berkahwin dengan suami barunya.
Lirik Lagu
Selamat berbahagia wahai kekasih Cantik rupawan Selamat menempuh wahai kekasih Gerbang perkahwinan Aku berdoa wahai kekasih kepada Tuhan Semoga aman wahai kekasih Dan berkekalan
Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.
Berpisah kita hanyalah untuk di dunia saja Aku berjanji akan menanti di gerbang syurga Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada petang ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu piring hitam SP yang berjudul “Anakku Sazali” nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lagu ini merupakan lagu OST daripada filem “Anak-Ku Sazali” pada tahun 1956 yang dibintangi oleh P.Ramlee, Zaiton, Rosnani Jamil, Nordin Ahmad. Lagu ini dicipta oleh P.Ramlee dan senikata dicipta oleh Jamil Sulong.
Lirik lagu
Anakku Sazali dengarlah Lagu yang ayah anda karangi Sifatkan laguku hai anak Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita Laguku jadikan pelita Penyuluh di gelap gelita Pemandu ke puncak bahagia
Andainya kamilah kembali Menyahut panggilan Ilahi Laguku biarlah ganti Dijiwamu hidup abadi Biarlah temanmu sejati Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah Lagu yang ayah anda karangi Sifatkan laguku hai anak Sebagai sahabatmu nanti
Andainya kamilah kembali Menyahut panggilan Ilahi Laguku biarlah ganti Dijiwamu hidup abadi Biarlah temanmu sejati Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah Lagu yang ayah anda karangi Sifatkan laguku hai anak Sebagai sahabatmu nanti Hm hm
Senilagu : P. Ramlee Senikata : Jamil Sulong Filem : Anakku Sazali
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pertama sekali, masih belum terlambat untuk Galeri Lebok Dana ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 buat semua rakyat Malaysia.
Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia semalam, Galeri Lebok Dana telah mengadakan aktiviti senam tari yang bertemakan dengan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di halaman Galeri Lebok Dana pada petang semalam. Senam tari ini diketuai oleh saudara Salleh Anuar @ Noeng dan disertai oleh rakan-rakan beliau.
Terima kasih buat semua rakan-rakan yang sudi menjayakan program pada hari ini. InsyaAllah kita akan mengadakan pelbagai aktiviti lagi di masa akan datang. Aamiin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul “Senyap dan Sunyi”. Lagu ini merupakan lagu OST daripada filem “Siapa Salah” pada tahun 1953 yang dibintangi oleh P.Ramlee sendiri, Haji Mahadi, Daeng Idris, Salleh Kamil, Hashim Nor dan lain-lain.
Lagu ini telah didendangkan oleh Mohd Firdaus Abu Bakar dalam pertandingan Bintang P.Ramlee 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang baru berakhir semalam dan sekaligus membawa tuah kepadanya untuk mewakili negeri Sarawak pada Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan buat Daus Paktar.
Semoga terhibur. Terima kasih.
Lirik Lagu
Senyap dan sunyi Tabir malam menyelimuti Isi alam dilamun mimpi
Terkenang nasib sendiri Nak memandang tak daya lagi Ku pandang kiri, ku pandang kanan
Hitam gelap yang kelihatan Cantik molek putih dan hitam Sama saja tiada beza sebarang ragam
Alam nan luas Banyak gunung dan banyak jurang Wahai anak, dan banyak jurang
Gunung tinggi engkau daki Jurang dalam engkau jauhi Kalaulah aku boleh memandang Aku pandu engkau berjuang
Kalaulah besar anakku sayang Sesal ayah kerana tidak dapat memandang
sumber : steemit.comsumber : nst.com.mysumber : imdb
Abg Bollhasan Abg Alli, pemilik Galeri Lebok Dana menceritakan tentang sejarah penubuhan Galeri Lebok Dana dan hobi mengumpul barang-barang lama dalam rancangan Kuppa Kopi @ RTM TV1.
Jutaan terima kasih kepada pihak RTM kerana sudi menjemput saya untuk ditemu ramah dalam rancangan Kuppa Kopi.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pada petang semalam, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan daripada Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS), Datu Dr Hj Adi Badiozaman Tuah ditemani oleh ahli-ahli KPPRS. Saya sempat berkongsi cerita bermula awalnya penubuhan KPPRS untuk dijadikan bahan dalam buku yang akan ditulis sempena 10 tahun penubuhan KPPRS.
Terima kasih buat Datu Presiden dan rakan-rakan lain kerana sudi ke Galeri Lebok Dana. Semoga rancangan untuk membuat buku KPPRS akan berjalan dengan lancar dan semoga KPPRS terus maju.
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan daripada rombongan ahli Kelab Peminat P.Ramlee Semenanjung seramai 10 orang yang di temani oleh saudara Zamhari Materang. Mereka sempat melihat koleksi yang tersimpan di Galeri Lebok Dana dan merakam video dan gambar buat kenangan manis di galeri ini.
Jutaan terima kasih buat ahli Kelab Peminat P.Ramlee Semenanjung kerana sudi meluangkan masa ke Galeri Lebok Dana ini. Tidak lupa juga terima kasih buat saudara Zamhari Materang kerana sudi membawa mereka ke galeri ini. InsyaAllah ada peluang dan masa, kita akan berjumpa lagi kelak. Aamiin..