Koes Plus – Aku Kembali

Koes Plus - Aku Kembali — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana

Written by

in

MINGGU KOES PLUS DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu Koes Plus di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan lagenda daripada negara Indonesia iaitu Koes Plus yang berjudul “Aku Kembali”. Koes Plus ataupun dahulunya dipanggil Koes Bersaudara merupakan sebuah kumpulan muzik Indonesia yang popular pada zaman 60-an dan 70-an. Mereka juga dipanggil sebagai “The Beatles Indonesia” pada zamannya. Lagu “Aku Kembali” ini ditulis oleh Tonny Koeswoyo dan dirakamkan pada tahun 1974 dalam album mereka “Koes Plus Vol. 15”.

Mari sama sama kita dengarkan “Koes Plus – Aku Kembali”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Masihkah kau kumiliki
Aku rindu aku rindu
Akan pasti aku kembali
Sabarkanlah kau menanti

Hanya engkau pilihanku
Hanya aku kekasihmu
Risau jangan di hatimu
Seperti doaku slalu

Dengarkanlah rintihanku
Rintihan dalam hidupku
Salamku tetap milikmu
Kekasihku kekasihku

Masihkah kau kumiliki
Aku rindu aku rindu
Akan pasti aku kembali
Sabarkanlah kau menanti