Koes Plus – Mengapa

Koes Plus - Mengapa โ€” rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana

Written by

in

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

MINGGU KOES PLUS DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu Koes Plus di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan lagenda daripada negara Indonesia iaitu Koes Plus yang berjudul “Mengapa”. Koes Plus ataupun dahulunya dipanggil Koes Bersaudara merupakan sebuah kumpulan muzik Indonesia yang popular pada zaman 60-an dan 70-an. Mereka juga dipanggil sebagai “The Beatles Indonesia” pada zamannya. Lagu “Mengapa” ini merupakan lagu ciptaan Yon Koeswoyo pada tahun 1974 dalam album mereka “Koes Plus Pop Melayu Vol.1”.

Mari sama sama kita dengarkan “Koes Plus – Mengapa”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Mengapa mengapa
Hatiku merasa merana
Mengapa mengapa
Hatiku terasa disiksa

Tak mungkin tak mungkin
Di dalam hatiku tak yakin
Tetapi tetapi
Semua terjadi begini

Kau tinggalkan aku
Membuat hatiku tak menentu
Kau dusta padaku
Janjimu dahulu itu palsu

Mengapa mengapa
Hatiku merasa merana
Mengapa mengapa
Hatiku terasa disiksa

Kau tinggalkan aku
Membuat hatiku tak menentu
Kau dusta padaku
Janjimu dahulu itu palsu

Mengapa mengapa
Hatiku merasa merana
Mengapa mengapa
Hatiku terasa disiksa