Zainal Alam – Undilah

Zainal Alam - Undilah — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana

Written by

in

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) pada esok hari, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu nyanyian Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainul Abidin yang bertajuk “Undi-lah”. Lagu ini telah dirakamkan pada tahun 1955 dan diputarkan buat pertama kalinya tiga bulan sebelum tarikh Pilihan Raya Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.

Marilah kita menunaikan kewajiban kita sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi pada esok hari.

Semoga terhibur. Terima kasih.

Lirik Lagu

Undi lah
Puan dan tuan
Dua puluh tujuh hari bulan
Pilihan raya yang pertama
Pergilah
Undi lah
Bersama-sama

Hari undi di persekutuan
Julai 27 hari bulan
Jangan lupa
Encik dan tuan-tuan
Undilah calon yang tuan puan berkenan

Undi lah
Dengan baik hati
Siapa
Yang tuan sukai
Cakap orang
Jangan lah peduli
Fikir dulu jangan lambat terus mengundi

Undi lah
Puan dan tuan
Dua puluh tujuh hari bulan
Pilihan raya yang pertama
Pergilah
Undi lah
Bersama-sama

Sebelum
Tuan melangkah
Ingat dulu
Tanda yang nak dipangkah
Jaga baik
Bila nak mengundi
Pilih calon bila tetap hati sendiri

Undi lah
Puan dan tuan
Dua puluh tujuh hari bulan
Pilihan raya yang pertama
Pergilah
Undi lah
Bersama-sama

Jangan lupa
Kad pengenalan
Baru senang undi dijalankan
Itulah sahaja pesanan
Selamat mengundi wahai puan dan tuan

Undi lah
Puan dan tuan
Dua puluh tujuh hari bulan
Pilihan raya yang pertama
Pergilah
Undi lah
Bersama-sama