MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA
Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Dunia Sekarang”.
R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.
Semoga terhibur.
Terima kasih.
Lirik Lagu
Dunia sekarang
Sudahlah terbalik
Pemudi berbaju belang
Pemuda berbaju batik
Dunia sekarang
Sudahlah terbalik
Pemudi berbaju belang
Pemuda berbaju batik
Ha ha ha ha ha ha ha
Kebanyakan pemudi…..
Kebanyakan pemudi
Dizamannya ini
Suka memiliki
Jodoh nya sendiri
Mengikutkan hati
Bersolek setiap hari
Satu tak peduli
Kedapur malas sekali
Dunia sekarang
Sudahlah terbalik
Pemudi berbaju belang
Pemuda berbaju batik
Ha ha ha ha ha ha ha
Kebanyakan pemuda…..
Kebanyakan pemuda
Di ini nya masa
Suka pergi melawa
Walau tak bekerja
Beraksi tak lupa
Baju warna dua
Mundar mandir di jalan raya
Menghilangkan masa
Dunia sekarang
Sudahlah terbalik
Pemudi berbaju belang
Pemuda berbaju batik
