Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.
MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA
Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Kaseh Menanti”.
R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.
Semoga terhibur.
Terima kasih.
Lirik Lagu
Engkaulah dewi ku
Juwita
Kasih nan ku nanti
Asmara… Asmara… Asmara…
Kini hatiku rindu
Padamu wahai juwita
Lama engkaulah pergi
Tak tahu dimana rimba
Hatiku rindu jiwa merana
Khabar tidak berita
Hanya janji dalam jiwa
Disana kasih menanti
Engkaulah dewi ku
Juwita
Kasih nan ku nanti
Asmara… Asmara… Asmara…
Tetapi aku percaya
Kelak engkau kembali
Kerana kau menyinta
Dengan hati nan suci
Aku rela serta tabah
Walau seksa jiwa merana
Itulah tanda cinta suci
Berabat kasih menanti
Engkaulah dewi ku
Juwita
Kasih nan ku nanti
Asmara… Asmara… Asmara…
