R. Azmi – Hati Ku Kecewa

R. Azmi - Hati Ku Kecewa โ€” rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana

Written by

in

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.

MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Hati Ku Kecewa”. Lagu ini merupakan saduran daripada lagu Tamil yang bertajuk “Badi Mushkil Hai Ajab Mera Dil Hai Na Jane” yang dinyanyikan oleh mendiang Lata Mangeshkar dalam filem Chingari pada tahun 1955.

R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah

Jikalau ayahku masih ada
Dapat bermanja
Aku dipelihara dan dijaga
Dengan cukupnya

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah

Sehingga aku telah dewasa
Ku tidak lupa
Tetapi sebelum ku balas jasa
Ku ditinggalnya

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah

Kerana ayahku sudah pergi
Takkan kembali
Hilanglah ayahku slama-lamanya
Ke alam baka

Hatiku kecewa
Tiada dapat berkata
Hidup tidak bahagia
Kalau tidak berayah