Blog

  • Kunjungan daripada Ahli KPPRS

    Kunjungan daripada Ahli KPPRS

    Assalamuaalaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada hari isnin yang lepas (24 Oktober 2022), Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada beberapa ahli Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS). Antara ahli yang datang ialah saudara Ali Mohammad (Pelakon / Penggiat Seni), Julai Elen (‘D’ Crescendos), Nur Flora, Jannah Hj Basir, Johari Salleh (No 3 Bintang P.Ramlee Sarawak 2008) dan Dayang Mohti (Juara Bintang P.Ramlee Sarawak 2006).

    Terima kasih kerana sudi singgah ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi.

    Semoga terhibur.

    Lagu : Kata Dari Kalbu
    Penyanyi : P.Ramlee

  • Kunjungan daripada Abdul Rahman Kamaruddin

    Kunjungan daripada Abdul Rahman Kamaruddin

    Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Pada hari Ahad yang lepas (23 Oktober 2022), Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada Juara Bintang Asli Kebangsaan tahun 1994 mewakili negeri Johor iaitu saudara Abdul Rahman Kamaruddin. Beliau berada di Kuching Sarawak untuk menemani peserta Pertandingan Bintang P.Ramlee yang mewakili Zon Selatan iaitu Danie & Datin Shima. Semasa berada di Galeri Lebok Dana, beliau sempat melihat koleksi-koleksi yang ada di dalam galeri ini dan berkaraoke bersama dengan Lutfi Lett.

    Terima kasih sahabat saya Abdul Rahman Kamaruddin kerana sudi singgah ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita dapat berjumpa lagi kelak. Aamiin..

    Lagu : Tak Seindah Bunga
    Penyanyi : P.Ramlee & Saloma

  • Kunjungan daripada Rombongan Wakil P.Ramlee & Saloma Zon Tengah

    Kunjungan daripada Rombongan Wakil P.Ramlee & Saloma Zon Tengah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang semalam (23 Oktober 2022), Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada rombongan wakil P.Ramlee & Saloma daripada Zon Tengah yang telah menyertai Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee 2022 yang telah berlangsung pada Sabtu yang lepas. Enol & Bella yang merupakan wakil Zon Tengah mendapat tempat sagu hati untuk pertandingan pada kali ini dengan mendendangkan lagu “Rindu Hatiku Rindu” (Solo) dan “Ingin Tahu” (Duet). Ini baru permulaan, InsyaAllah ada rezeki tahun depan cuba lagi.

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa yang tersisa di Sarawak dengan melawat Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi. Aamiin.

    Lagu : Ingin Tahu
    Penyanyi : P.Ramlee & Nona Asiah

  • Kunjungan daripada Irwan Jibam

    Kunjungan daripada Irwan Jibam

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Pada petang semalam (23 Oktober 2022), Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada salah seorang daripada peminat tegar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee daripada Selangor, Irwan Jibam.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke Galeri Lebok Dana. InsyaAllah semoga kita berjumpa lagi kelak.

    Semoga terhibur.
    Lagu : Dewi Ilhamku

    Penyanyi : P.Ramlee

  • Kunjungan daripada RM Ismail bersama Keluarga

    Kunjungan daripada RM Ismail bersama Keluarga

    Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang semalam, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan keluarga daripada negara Brunei Darussalam iaitu Raden Mas Ismail bersama istrinya (Maria Persona) dan ahli keluarganya. Mereka sekarang berada di Sarawak untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee yang dianjurkan oleh RTM di Kuching Sarawak. Dalam masa yang sama, mereka sempat untuk melawat ke Galeri Lebok Dana untuk melihat koleksi-koleksi yang ada dan membaca bahan ilmiah yang tersimpan di dalam galeri ini.

    Saya berharap agar ikatan persaudaraan kita kekal dan semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke Galeri Lebok Dana.

    Semoga terhibur.

    Lagu 1 : Malam Bulan Di Pagar Bintang
    Penyanyi : P.Ramlee & Saloma

    Lagu 2 : Merak Kayangan
    Penyanyi : P.Ramlee

  • P.Ramlee & Salmah Ismail – Tudung Periuk

    P.Ramlee & Salmah Ismail – Tudung Periuk

    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Bersempena dengan Kemuncak Pertandingan Bintang P.Ramlee yang akan berlangsung pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu piring hitam yang dinyanyikan oleh P.Ramlee & Saloma yang bertajuk “Tudung Periuk”. Lagu ini merupakan OST untuk filem “Sumpah Orang Minyak” yang ditayangkan pada tahun 1958 arahan Tan Sri P.Ramlee sendiri. Lagu ini juga telah dinyanyikan semula oleh Dayang Nurfaizah pada tahun 2021 dalam albumnya yang berjudul “Dayang Nurfaizah Belagu”.

    Untuk info semua, Dayang Nurfaizah juga akan membuat persembahan pada malam ini bersama dengan Liza Hanim dan juga Naim Daniel. Kepada sesiapa yang tinggal di Kuching, boleh lah menonton secara langsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada malam ini dan pada yang jauh, boleh menonton di saluran RTM TV2, TV Okey FB Live RTM Sarawak, ataupun boleh mendengar di Radio Klasik dan SARAWAKFm.

    Semoga berjaya buat semua peserta yang bertanding pada malam ini.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Hai tudung periuk
    Tudung periuk pandai menari
    Menarilah lagu
    Menarilah lagu hai putera mahkota

    Hai tudung periuk
    Tudunglah periuk hai pandailah menari
    Menarilah lagu
    Menarilah lagu hai putera mahkota

    Kainlah yang buruk kainlah yang buruk
    Hai berikan kami
    Buat menyapu buat menyapu
    Si airlah mata

    Kainlah yang buruk kainlah yang buruk
    Hai berikan kami
    Buat menyapu buat menyapu
    Si airlah mata

  • P.Ramlee – Getaran Jiwa

    P.Ramlee – Getaran Jiwa

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Bersempena dengan sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat-bakat menerusi lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma yang dikenali sebagai Getaran Jiwa yang akan berlangsung pada 21 Oktober ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk “Getaran Jiwa”. Pertandingan ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat, pukul 8.45 malam, selama 8 minggu dan boleh ditonton secara langsung di saluran 122 di Astro dan MYTV.

    Untuk peminat yang berada di sekitar Kuching, Sarawak yang berminat untuk menonton Konsert Mingguan Getaran Jiwa, anda boleh mengesahkan kehadiran anda dengan mengisi borang ini di dalam pautan ini ( ) untuk mendapatkan tiket masuk. Kehadiran walk-in adalah berdasarkan kekosongan setiap episod. First come first serve basis. Dewan akan dibuka untuk penonton mulai 07:00 malam dan ditutup pada 8:20 malam.

    Di kesempatan ini, saya ucapkan semoga maju jaya buat semua peserta yang akan bertanding dalam pertandingan “Getaran Jiwa” dan saya ucapkan syabas dan terima kasih buat TVS kerana sudi menganjurkan pertandingan sebegini.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Getaran jiwa
    Menlanda hatiku
    Tersusun nada
    Irama dan lagu

    Walau hanya sederhana
    Tetapi tak mengapa
    Moga dapat membangkitkan
    Sedarlah kamu wahai insan

    Tak mungkin hilang
    Irama dan lagu
    Bagaikan kembang
    Sentiasa bermadu

    Andai dipisah
    Lagu dan irama
    Lemah tiada berjiwa
    Hampa

    Tak mungkin hilang
    Irama dan lagu
    Bagaikan kembang
    Sentiasa bermadu

    Andai dipisah
    Lagu dan irama
    Lemah tiada berjiwa
    Hampa

  • R.Azmi – Air Mata Kasih

    R.Azmi – Air Mata Kasih

    Assalamualaikum dan salam berhujung minggu buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh R.Azmi yang bertajuk “Air Mata Kasih”. Lagu sedih yang didedangkan oleh R.Azmi ini merupakan sebuah lagu saduran daripada lagu “Andhe Jahan Ke Andhe Raste” yang dinyanyikan oleh Talat Mehmood dalam filem Patita pada tahun 1953.

    Mari kita sama sama dengarkan lagu “Air Mata Kasih” nyanyian R.Azmi.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Air mata kasih, berlinangan
    Berlinangan selalu
    Sebagai hujan yang merintih
    Menyiram kalbu
    Air mata kasih, berlinangan
    Berlinangan selalu

    Hidup dalam merana
    Tak seorang yang tahu
    Hidup dalam merana
    Tak seorang yang tahu

    Hanyalah dia pujaan sukma
    Rangkaian hatiku
    Air mata kasih, berlinangan
    Berlinangan selalu

    Jiwaku nan tersiksa
    Tidakkah kau terasa
    Jiwaku nan tersiksa
    Tidakkah kau terasa

    Hanya sambutlah pesanan ku
    Di angin yang lalu

    Air mata kasih, berlinangan
    Berlinangan selalu
    Sebagai hujan yang merintih
    Menyiram Kalbu
    Air mata kasih, berlinangan
    Berlinangan selalu

  • Sesi Rakaman Rancangan Borak Teh C Peng Musim – TVS

    Sesi Rakaman Rancangan Borak Teh C Peng Musim – TVS

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan Borak Teh C Peng, Encik Nazuan Afindi bersama dengan host rancangan tersebut, Ezri Mukriz dan Azwa Sya, tetamu undangan J.Ramlee @ Zainal Bin Bojet dan krew TVS. Tujuan mereka datang ke Galeri Lebok Dana adalah untuk membuat rakaman untuk salah satu episod Borak Teh C Peng yang akan ditayangkan pada minggu hadapan. Maklumat lanjut akan di beritahu kelak. Sama sama kita nantikan.

    Jutaan terima kasih buat TVS kerana sudi memilih Galeri Lebok Dana sebagai salah satu tempat penggambaran untuk rancangan Borak Teh C Peng. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

    Terima kasih.

    Lagu : Ketipang Payung
    Penyanyi : P.Ramlee & Saloma
    OST Filem Nujum Pak Belalang (1959)

  • Kunjungan daripada Sahabat SarawakFM

    Kunjungan daripada Sahabat SarawakFM

    Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang semalam, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada ahli kumpulan “Sahabat SarawakFM” yang merupakan peminat dan pendengar tegar stesyen radio Sarawak FM seluruh Sarawak. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada petang semalam di Galeri Lebok Dana seperti sesi suai kenal bersama ahli kumpulan, senam tari, ber”nopeng”, dan berkaraoke.

    Terima kasih kerana memilih Galeri Lebok Dana sebagai tempat lawatan Sahabat SarawakFM. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

    Lagu : Betapa Riang Ria
    Artis : P.Ramlee