Blog

  • R. Azmi – Hati Rindu

    R. Azmi – Hati Rindu

    Assalamualaikum dan selamat tengah hari kepada semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada tengah hari ini, sedang saya mencuci piring-piring hitam lama, terjumpa sebuah lagu yang mengimbau kenangan lama. Lagu yang bertajuk “Hati Rindu” nyanyian R. Azmi merupakan sebuah lagu yang digubah daripada lagu Hindustan yang dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar dalam filem Baiju Bawra (1952) bertajuk “Bachpan Ki Muhabbat”

    Mari sama sama kita dengarkan sebuah lagu nostalgia ini. Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Terkenang ke masa dulu…
    Hati ku merasa rindu…
    Terkenang ke masa dulu… hatiku merasa rindu…
    Mungkin kah dapat bertemu.pada mu cahya mata ku…
    Terkenang ke masa dulu… hatiku merasa rindu…
    Mungkinkah dapat bertemu… pada mu cahya mata ku…
    Masa berganti masa… hatiku tidak lupa.
    Oh… Oh… Oh… Oh…
    Terbayang di ruang mata… wajahmu datang menjelma…
    Mengapakah aku kau goda… merana sepanjang masa…
    Terkenang ke masa dulu… hatiku merasa rindu.
    Mungkinkah dapat bertemu… pada mu cahya mata ku…
    Meskipun hatiku rindu… ingatkan waktu yang lalu.
    Oh… Oh… Oh… Oh…
    Tetapi itu hanya mimpi… tak akan menjelma lagi
    Ku rasa alam nan sepi… menangis aku menanti…
    Terkenang ke masa dulu… hatiku merasa rindu
    Mungkinkah dapat bertemu… padamu cahya mata ku.

  • M. Sani – Tinggal Kenangan

    M. Sani – Tinggal Kenangan

    Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu piring hitam yang dipopularkan oleh Allahyarham M. Sani yang berjudul “Tinggal Kenangan”. M Sani, 70 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Januari 2022 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dipercayai akibat penyakit kencing manis. M. Sani pernah menjuarai Bintang RTM pada tahun 1971 dan juga pernah berduet bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam album Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

    Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham M. Sani. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiinn.

    Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Ahaa haaa laa laaa laa
    Hmm hmm hmm
    Bunga pujaan

    Tinggal kenangan
    Yang hanya terbayang
    Dapat ku kenang
    Di bulan terang
    Wajah membayang
    Tinggal kenangan

    Bulan serta bintang
    Sedang senyum riang
    Tetapi aku
    Berasa rindu
    Ingat selalu

    Tinggal kenangan
    Yang hanya terbayang
    Dapat ku kenang
    Di bulan terang
    Wajah membayang
    Tinggal kenangan

    Inginku berjumpa
    Tapi tak berdaya
    Ingin bertemu
    Tetapi aku
    Berasa malu

    Tinggal kenangan
    Yang hanya terbayang
    Dapat ku kenang
    Di bulan terang
    Wajah membayang
    Tinggal kenangan

  • Kunjungan Mesra daripada Tuan Hj Jaludin Amat serta Isteri

    Kunjungan Mesra daripada Tuan Hj Jaludin Amat serta Isteri

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi tadi, menerima kunjungan mesra daripada pencinta koleksi barangan lama daripada Miri, Tuan Haji Jaludin Amat bersama isteri. Tuan Hj Jaludin juga merupakan salah seorang “collector” barangan-barangan lama seperti radio lama piring hitam dan lain-lain lagi di rumah beliau. Kami sempat berkongsi pengalaman dan cerita tentang barang-barang yang kami simpan.

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. InsyaAllah. Aamiin.

    Lagu : Sri Bulan

    Penyanyi : Tan Sri P.Ramlee & Saloma

    Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee

    OST : Sabarudin Tukang Kasut (1966)

  • Kunjungan Keluarga daripada Sibu, Miri dan Kuala Lumpur

    Kunjungan Keluarga daripada Sibu, Miri dan Kuala Lumpur

    Pada petang semalam, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan keluarga daripada Sibu, Miri dan Kuala Lumpur. Dah alang-alang ke Kuching, terus singgah ke Galeri Lebok Dana untuk melihat koleksi-koleksi yang terdapat di dalam galeri ini.

    Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkunjung ke Galeri Mini P.Ramlee. Semoga kita berjumpa lagi. Aammiinn.

    Lagu : Taman Firdausi

    Penyanyi : P.Ramlee & Saloma

    Komposer & Lirik : Ahmad Nawab & P.Ramlee

    OST : Nasib Do Re Mi (1966)

  • Zaharah Agus – Mat Lode

    Zaharah Agus – Mat Lode

    Assalamualaikum dan Selamat petang warga Facebook sekalian.

    Hari ini Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu daripada Penyanyi dan pelakon hebat zaman 50-an iaitu Zaharah Agus yang berjudul Mat Lode. Zaharah Agus pernah memainkan watak sebagai istri P.Ramlee dalam Filem Madu Tiga 1963.

    Semoga rakan-rakan terhibur dengan lagu ini.

    Lirik Lagu

    Jaga Mek oi jaga
    jaga tepi telaga
    hai jaga Mek oi jaga
    jumpa betina nak berlagak

    ketam Mek oi ketam
    ketam tempat teduh
    godam Mek oi godam
    jangan bagi dia bergaduh

    lompat Mek oi lompat
    lompat lagu canggung
    rapat mek oi rapat
    lekas tarik tali hidung

    mendehem mengembek
    kambing berjanggut
    terkejut lari hai unta kakinya untut

    datang la si lembu
    terhingut lah hinggut
    tok kilang lari terkejar kejar
    patah lutut

    disana pun merak
    disini pun merak
    merak yang mana
    kepong hedak di kepong

    Disana pun ndak ndak
    disini pun ndak ndak
    pusing belakang punggong
    terajang punggong

    Gegat dengan pijat
    jadi tokeh bangsawan
    yang jadi derekter
    cerits hai sang babi hutan

    datang gajah tok mia
    jadi bangsawan
    yang jadi seripanggung
    anak ikan ruan

    selamat lah datang
    selamat lah tinggai
    orang puteh kata
    good nite denganlah good bye

    Saya lah umpama seekor lah tupai
    dimana ada ranting disitu saya sampai

    Lodeh mak lodeh
    Lodeh anak Salleh
    Cucu Osman Janggut hingus meleleh

    Tolak mek oi tolak
    tolak sampai boleh
    gelak mek oi gelak

  • Hashimah Yon – Bunga Maduku

    Hashimah Yon – Bunga Maduku

    10 September yang lalu merupakan hari jadi Seniwati Hashimah Yon. Selamat Hari jadi buat Seniwati Hashimah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

    Pada hari ini, Galeri Lebok Dana memutarkan lagu dendangan beliau sendiri yang jarang sekali kita dengar yang bertajuk “Bunga Maduku”.

    Semoga terhibur.

  • Nona Asiah – Se Ia Sekata

    Nona Asiah – Se Ia Sekata

    Assalamualaikum rakan Facebook sekalian.

    Hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan lagu dari seorang biduwanita Seniwati Hajjah Nona Asiah berpasangan dengan suaminya MU Kassim yang berjudul “Se Ia Sekata”.

    Semoga Hajjah Nona Asiah berada dalam keadaan sihat.

    Lirik Lagu

    Bila malam sunyi
    Suasana sepi
    Ku termenung sendiri

    Terkenang pujaan
    Hatiku yang telah
    Berjanji sehidup semati

    Aku pun begitu
    Selalu terharu
    Teringat kepadamu

    Kerana pujukmu
    Melagu merayu
    Di dalam sanubariku

    Hmm Hmm

    Semoga segala cita
    Hendaknya segera tercipta
    Agar kita
    Rasa nikmatnya

    Mendengar katamu
    Timbullah hasratku
    Ingin punya dirimu

    Supaya menjadi
    Temanku sejati
    Memadu cinta yang suci

    Mendengar katamu
    Timbullah hasratku
    Ingin punya dirimu

    Supaya menjadi
    Temanku sejati
    Memadu cinta yang suci

    Hmm Hmm

    Semoga segala cita
    Hendaknya segera tercipta
    Agar kita
    Rasa nikmatnya

    Tetapku setia
    Melayar bahtera
    Jika telah bersama

    Sehati serasa
    Sejiwa sekata
    Menuju alam bahgia

    Hmm hmmm

  • Geng Pau Suri @ Malam Era P.Ramlee

    Geng Pau Suri @ Malam Era P.Ramlee

    Video Klip untuk tatapan semua pada Malam Era P.Ramlee dan Saloma yang telah diadakan pada 2 November 2019 bertempat di Serapi Hotel Kuching Sarawak yang dianjurkan oleh Geng Pau Suri dan D’Galeri Lebok Dana.

  • P.Ramlee – Jeritan Batinku

    P.Ramlee – Jeritan Batinku

    Selamat Pagi warga Facebook. Semoga anda ceria dan bahagia selalu. Dengarkan lagu Jeritan Batinku yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat a.k.a P.Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku.

    Hanya sekadar hiburan. Jangan marah aaa.

    Lirik Lagu

    Dengar
    Oh, jeritan batinku

    Memekik-mekik
    Memanggil-manggil
    Namamu selalu

    Sehari rasa sebulan
    Hatiku tiada tertahan
    Kupandang kiri
    Kupandang kanan
    Dikau tiada

    Risau
    Batinku menangis risau
    Makin kau jauh
    Makin hatiku bertambah kacau

    Mengapa kita berpisah?
    Tak sanggup menahan asmara
    Oh, dengarlah
    Jeritan batinku

    Risau
    Batinku menangis risau
    Makin kau jauh
    Makin hatiku bertambah kacau

    Mengapa kita berpisah?
    Tak sanggup menahan asmara

    Oh, dengarlah
    Jeritan batinku

  • Illusi – Puisi Cinta

    Illusi – Puisi Cinta

    Malam ini Galeri Lebok Dana memainkan lagu piring hitam yang dipopularkan oleh kumpulan Illusi dengan lagu yang bertajuk Puisi Cinta. Sama-sama kita dengarkan dan semoga terhibur sahabat Facebook.

    Lirik Lagu

    Suaramu
    Gemersiknya bak buluh perindu
    Coba kau lagukan
    Coba kau dendangkan
    Mengisi di ruang kamarku

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak kuhuraikan
    Nak kubelaikan dirimu

    Akan kusyairkan katamu
    Akan kumadahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta

    Akan kuukirkan senyummu
    Akan kulukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak kuhuraikan
    Nak kubelaikan dirimu

    Akan kusyairkan katamu
    Akan kumadahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta (puisi cinta)

    Akan kuukirkan senyummu
    Akan kulukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Menjadi hiasan hidupku