Blog

  • Saloma – Kain Songket

    Saloma – Kain Songket

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Setelah sekian lama tidak membuat video baru, pagi ini bosan-bosan duduk di rumah jadi kita bersihkan kain tradisional yang ada dalam simpanan Galeri Lebok Dana. Pada hari raya yang lepas, Galeri Lebok Dana telah menerima 2 helai kain songket daripada anak saudara Zaimar Zyn & Zaimar Juki untuk dijadikan sebagai tanda kenangan dan koleksi di Galeri Lebok Dana. Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah akan dijaga dengan baik dan tersimpan rapi di dalam galeri saya.

    Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Pemuda pemudi kalau berkain songket
    Alangkah indah berseri bertambah cantik
    Alangkah indah berseri bertambah cantik
    Kainlah songket tenun Melayu
    Mula asalnya dari Terengganu

    Oh abang yang manis
    Oh nona yang lawa
    Pakai kain songket
    Pakaian budaya

    Oh abang yang manis
    Oh nona yang lawa
    Pakai kain songket
    Pakaian budaya

    Kain songket pakaian anak Melayu
    Tapi sayang tak boleh pakai selalu
    Tapi sayang tak boleh pakai selalu
    Kerana jemu mata memandang
    Tidak seperti batik basahan

    Berbagailah macam boleh digayakan
    Setiaplah hari jikalau berjalan
    Berbagailah macam boleh digayakan
    Setiaplah hari jikalau berjalan

    Sungguh banyak dipakai masa hari raya
    Miskin kaya kecil besar tua muda
    Miskin kaya kecil besar tua muda
    Apa lagi yang lelaki tua
    Dia berjalan dengan kaki tiga
    Tersenyum pula sambil ketawa
    Sayang sedikit giginya dua
    Tersenyum pula sambil ketawa
    Sayang sedikit giginya dua

    Pemuda pemudi kalau berkain songket
    Alangkah indah berseri bertambah cantik
    Alangkah indah berseri bertambah cantik
    Kainlah songket tenun Melayu
    Mula asalnya dari Terengganu

    Oh abang yang manis
    Oh nona yang lawa
    Pakai kain songket
    Pakaian budaya

    Oh abang yang manis
    Oh nona yang lawa
    Pakai kain songket
    Pakaian budaya

    Oh abang yang manis
    Oh nona yang lawa
    Pakai kain songket
    Pakaian budaya
    Oh abang

  • Kunjungan daripada Pemberita TVS

    Kunjungan daripada Pemberita TVS

    Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan daripada pemberita daripada stesen television TVS yang diwakili oleh saudari Salasiah dan saudara Aziz. Tujuan mereka datang ialah untuk melawat Galeri Lebok Dana sekaligus menemu ramah pemilik Galeri Lebok Dana untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah terciptanya galeri P.Ramlee ini.

    Terima kasih banyak-banyak buat pihak TVS kerana sudi membuat liputan tentang Galeri Lebok Dana untuk tatapan umum.

    Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. InsyaAllah aamiin.

    Lagu : P.Ramlee & Saloma – Malam Bulan Di Pagar Bintang

  • P.Ramlee – Maafkan Kami

    P.Ramlee – Maafkan Kami

    Assalamualaikum dan Selamat pagi buat rakan rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Bersempena dengan Hari Seniman Negara dan juga ulang tahun Tan Sri P.Ramlee, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham P.Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Satar dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang bertajuk “Maafkan Kami”.

    InsyaAllah pada petang ini juga, Galeri Lebok Dana akan mengadakan majlis sambutan Hari Seniman Negara. Video sekitar majlis tersebut akan dimuat naik nanti. Sama sama kita doakan agar majlis berjalan dengan lancar. Aamiin..

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami

    Wahai cik adik jangan merajuk
    Maafkan kami si Bujang Lapuk
    Jikalau salah tolonglah tunjuk
    Kami rela hai kena ketuk
    Nandung-nandung dayang senandung
    Wahai saudari maafkan kami

    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami

    Wahai cik adik jangan marah sangat
    Sedangkan Nabi ampunkan umat
    Kalau Cik Adik mukanya kelat
    Kelubang jendela kami nak lompat
    Nandung nandung dayang senandung
    Wahai saudari maafkan kami

    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    Maafkan kami
    EH BERAPA BANYAK MAAF DAH???
    IYE TAK IYE DAH???

  • Hari Seniman Negara

    Hari Seniman Negara

    Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana bersama dengan Geng Pau Suri telah mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Seniman Negara yang bertempat di Galeri Lebok Dana. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memanjatkan rasa kesyukuran kami kepada Allah SWT kerana baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah menukarkan tarikh Hari Seniman Negara daripada 29 Mei kepada 22 Mac setiap tahun sempena memperingati tarikh kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

    Antara aturcara majlis pada hari ini termasuklah ucapan (press release) daripada wakil Geng Pau Suri, Tuan Wayne Major, selepas itu pemberian potrait P.Ramlee yang dilukis oleh beliau kepada Galeri Lebok Dana dan doa selamat dan kesyukuran buat seluruh Seniman dan Seniwati tanah air.

    Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan dan pihak media kerana sudi hadir ke majlis ini.

  • Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz – Sumpah Tanda Setia

    Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz – Sumpah Tanda Setia

    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana sekalian.

    Pada petang ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang didendangkan oleh pasangan duet Ahmad Fauzee (Fonzz Fauzee) dan Azlina Aziz dengan lagunya yang bertajuk “Sumpah Tanda Setia”. Lagu ini merupakan lagu OST filem Gergasi pada tahun 1958 dan dinyanyikan oleh penyanyi asal lagu ini iaitu Aziz Jaafar & Normadiah.

    Mari kita sama sama dengarkan lagu Sumpah Tanda Setia ini. Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Sedari kecil aku
    Telah terharu pada mu
    Hingga kini jiwa
    Ku kepunyaan mu

    Kata kata mu itu
    Betulkah ataupun palsu
    Jangan hanya kamu
    Menipu hati ku

    Percayalah kata kata ku
    Percaya apakah tandanya
    Bersama sama kita
    Bersumpah tanda setia

    Sedari kecil aku
    Telah terharu pada mu
    Hingga kini jiwa
    Ku kepunyaan mu

    Dinda pelita hati
    Wajahmu makin berseri
    Kasih dan sejati
    Kekal dan abadi

    Kanda pujaan dinda
    Dikaulah penglipur lara
    Alangkah mesranya
    Ikatan asmara

    Walaupun apa yang terjadi
    Dinda tidak mungkir janji
    Walau menempuh bahya
    Rela mati bersama

    Kanda pujaan dinda
    Dikaulah penglipur lara
    Alangkah mesranya
    Ikatan asmara

  • Ahmad Fauzee & Azlina Aziz – Ramalan Mimpi

    Ahmad Fauzee & Azlina Aziz – Ramalan Mimpi

    Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Di petang yang indah ini, mari kita sama sama dengarkan sebuah lagu piring hitam yang dinyanyikan oleh Ahmad Fauzee (Fonzz Fauzee) bersama pasangan duetnya Azlina Aziz yang berjudul “Ramalan Mimpi”. Penyanyi asal lagu ini ialah Aziz Jaafar & Rahmah Rahmat dalam filem “Lela Manja” pada tahun 1960. Dinyanyikan semula oleh Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz dalam album duet mereka yang berjudul “Mengenang Aziz Jaafar & Normadiah”.

    Sama sama kita dengarkan nyanyian duet yang cukup hebat ini. Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Apa maknanya impian
    Jumpa melati rupawan
    Hanyut di tepi pengkalan
    Itukah tanda cubaan

    Itu bukannya cubaan
    Hanya satu harapan
    Biar jejaka buktikan segala janji idaman

    Kalau begitu erti mimpi
    Gunung tinggikan kudaki
    Walau bahaya sekali
    Asal senang menanti

    Usah melangit angan-angan
    Pandang dulu kiri dan kanan
    Sudah sempurna amalan
    Baru boleh banggakan

    Laut yang luas direnang
    Siap menempuh gelombang
    Walau ribuan penghalang
    Tetapi iman tak goncang

    Kalau begitu erti mimpi
    Gunung tinggikan kudaki
    Walau bahaya sekali
    Asal senang menanti

    Usah melangit angan-angan
    Pandang dulu kiri dan kanan
    Sudah sempurna amalan
    Baru boleh banggakan

    Laut yang luas direnang
    Siap menempuh gelombang
    Walau ribuan penghalang
    Tetapi iman tak goncang

  • Kamsani – Kenangan Lama

    Kamsani – Kenangan Lama

    Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pagi ini mari kita sama sama dengarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Kamsani yang bertajuk “Kenangan Lama”. Lagu ini merupakan OST untuk filem “Adekku (1956) yang dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Saloma, Haji Mahadi, Siti Tanjong Perak, Malik Sutan Muda, Omar Suwita dll.. Di dalam filem tersebut, lagu ini telah dinyanyikan oleh H.M Rohaizad dengan versi tempoh yang sedikit perlahan.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Hembusan angin yang mendayu dayu
    Menimbulkan kenangan di masa dulu
    Segala kejadian yang lalu
    Masih terbayang selalu

    Di sinilah tempat aku bersuka
    Menyanyi berkejar dan bergurau senda
    Peristiwa lama tidak ku lupa
    Tetap tersimpan di jiwa

    Kini datang semula
    Hasrat idaman lama
    Bertemu dgn pujaan jiwa
    Timbul rasa kasih juga cinta

    Kini datang semula
    Hasrat idaman lama
    Bertemu dengan pujaan jiwa
    Timbul rasa kasih juga cinta

    Entah kenapa hatiku gembira
    Bertentangan mata denganmu jelita
    Mengetarkan seluruh jiwa raga
    Sebab matamu nan bisa

    Kini datang semula hasrat
    Idaman lama
    Bertemu dgn pujaan jiwa
    Timbul rasa kasih juga cinta

  • Hasnah Tahar – Sekuntum Bunga Di Tepi Danau

    Hasnah Tahar – Sekuntum Bunga Di Tepi Danau

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada malam ini, sama sama kita berhibur dengan lagu dendangan Hasnah Tahar yang bertajuk “Sekuntum Bunga di Tepi Danau”.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Sekuntumlah bunga
    Ditepilah danau

    Menawan hati
    Baunya pun harum
    Orang pun kasih

    Bunganya lah dipetik
    Rumpun nya lah tidak
    Dengan hati yang sedih

    Rumpun nya lah lengang
    Kehilangan bunga
    Yang dibanggakan

    Seandainya kau bunga
    Hidup beruntung

    Menjadi hiasan
    Di dalam lah rumah
    Dipuja lah orang

    Jika nasibmu malang
    Dirimu bunga
    Layu di jambangan

    Teringat akan rumpun
    Hendak kembali
    Tapi gugur di jalan

  • Kamsani & Normadiah – Hasrat Rohani

    Kamsani & Normadiah – Hasrat Rohani

    Assalamualaikum dan selamat petang buat rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.

    Pada petang ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu piring hitam yang diberi tajuk “Hasrat Rohani” dendangan Kamsani dan juga Normadiah. Lagu ini merupakan OST dari filem “Jubah Hitam” pada tahun 1955. Selain itu, lagu ini juga pernah dirakamkan semula oleh Abdullah Chik bersama dengan Noraniza Idris pada tahun 1994.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Mana dia kesuma ku
    Lama nian ku menunggu
    Kini penglipur hati
    Jauh kemana dikau pergi

    Duhai tambatan jiwa ku
    Rindu nan memanggil daku
    Kini tenangkan hati
    Tak lama lagi kan kembali

    Hasrat rohani
    Idaman murni
    Bahtera impian sukmaku

    Bayangan dahaga ku impian
    Semoga dikau tetap menjadi pujaan

    Hasrat rohani
    Idaman murni
    Bahtera impian sukmaku

    Bayangan dahaga ku impian
    Semoga dikau tetap menjadi pujaan.

    Hasrat rohani
    Idaman murni
    Bahtera impian sukmaku

    Bayangan dahaga ku impian
    Semoga dikau tetap menjadi pujaan.

    Hasrat rohani
    Idaman murni
    Bahtera impian sukmaku

    Bayangan dahaga ku impian
    Semoga dikau tetap menjadi pujaan.

  • Hasnah Tahar – Kudaku Lari

    Hasnah Tahar – Kudaku Lari

    Assalamualaikum dan selamat petang semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada petang ini, Galeri Lebok Dana memainkan sebuah lagu dari piring hitam yang dinyanyikan oleh Hasnah Tahar yang berjudul “Kudaku Lari”. Lagu ini dicipta oleh komposer daripada Indonesia, Abdillah Haris pada tahun 1953 dan dirakam oleh Hasnah Tahar yang juga berasal daripada Indonesia. Lagu ini telah dirakam semula beberapa kali oleh artis-artis terkenal seperti Elly Kassim (1966), Emilia Contessa (1975) dan juga biduanita Malaysia, Datuk Sharifah Aini pada tahun 1977.

    Semoga terhibur. Terima kasih.

    Lirik lagu

    Larilah hai kudaku
    Larilah ayuh lari

    Tariklah keretaku
    Geraklah jangan henti
    Ayuh lari

    Majulah hai kudaku
    Kawanku telah menanti

    Pecutlah ayu pecut
    Wahai kudaku lari
    Ayuh lari

    Jika kau lari kencang
    Rasa hati ku senang
    Kawan-kawanku riang

    Ohhh.. Kudaku lari gagah berani
    Ayuh lari
    Hai kudaku lari

    Ohhh.. Kudaku lari gagah berani
    Ayuh lari
    Hai kudaku lari

    Jika kau lari kencang
    Rasa hati ku senang
    Kawan-kawanku riang