Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun, Galeri Lebok Dana ingin memainkan lagu Twist Malaysia yang didendangkan oleh Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.
Lirik dan lagu ini sendiri dicipta oleh beliau dan S.Sudarmaji pada tahun 1964 setahun selepas terbentuknya negara Malaysia yang tercinta. Semoga kita bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama menjaga keamanan negara yang kita cintai ini selamanya.
Lirik Lagu
Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia
Walau kita hidup berbilang bangsa
Mari bersastu bekerja sama-sama
Demi untuk tanahair Malaysia raya
Buktikan jasa hai rakyat Malaysia
Taat setia pada negara kita
Sepenuh hatii sebulat kata
Agar aman makmur negara jaya
Marilah kita sentiasa berdoa
Semoga Allah Jauhkan marabahaya
Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia
Negeri kita telahpun merdeka
Rakyatnya hidup sentiaasa ria
Di bawah pimpinan bijak laksana
Marilah kiita sentiasa berdoa
Semoga Allah jauhkan marabahaya
Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia
Negeri kita telahpun merdeka
Rakyatnya hidup sentiasa ria
Di bawah pimpinan bijak laksana.




