Category: Uncategorized

  • Kunjungan daripada Seniwati Dayang Sofia

    Kunjungan daripada Seniwati Dayang Sofia

    Petang bersama Seniwati Dayang Sofia

    Pada petang 6 Januari 2024, Galeri Lebok Dana menerima kunjungan Seniwati Dayang Sofia. Beliau ditemani oleh anaknya, Sandakiah Azez dan Shidee Latip.

    Seni klasik terasa lebih dekat

    Kunjungan ini memberi peluang kepada galeri untuk menyambut seorang seniwati yang dikenali melalui filem-filem Melayu klasik. Foto-foto yang dikongsi memperlihatkan pertemuan mereka di dalam ruang galeri.

    Kenangan daripada kunjungan

    Catatan asal diterbitkan pada 7 Januari 2024. Galeri mengucapkan terima kasih kepada tetamu kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan berkongsi kemesraan.

    Galeri foto

  • Kunjungan daripada Puan Rogaiyah Serta Keluarga Daripada Singapura

    Kunjungan daripada Puan Rogaiyah Serta Keluarga Daripada Singapura

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.

    Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada saudari Rogaiyah serta keluarga daripada Singapura. Mereka bercuti ke Kuching, Sarawak dan tidak melepaskan peluang untuk pergi melawat ke Galeri Lebok Dana untuk melihat sendiri koleksi-koleksi berkaitan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di galeri ini.

    Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa ke sini dan semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Aamiin

  • Kunjungan daripada Rombongan USK Saratok

    Kunjungan daripada Rombongan USK Saratok

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat Galeri Lebok Dana. Pada Isnin yang lepas (11 Disember 2023), Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada rombongan USK Saratok seramai 15 orang. Mereka melawat beberapa tempat di Kuching bersempena dengan program “Kembara Ilmu” dan sempat meluangkan masa berkunjung ke Galeri Lebok Dana untuk melihat koleksi yang tersimpan di sini.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke Galeri Lebok Dana.

    Semoga kita bertemu lagi.

    Aamiinn.

  • P.Ramlee · Tiada Kata Secantik Bahasa

    P.Ramlee · Tiada Kata Secantik Bahasa

    Pilihan daripada piring hitam

    Galeri Lebok Dana berkongsi lagu “Tiada Kata Secantik Bahasa” dalam catatan bertarikh 29 Oktober 2023. Rakaman itu menampilkan nyanyian P. Ramlee daripada piring hitam.

    Catatan tentang sebuah lagu

    Dalam perkongsian asal, galeri mengaitkan lagu ini dengan filem “Anakku Sazali” dan iringan A. Jaafar Orchestra.

    Lagu ini menjadi salah satu pintu masuk untuk meneroka pilihan muzik P. Ramlee yang dikongsi melalui laman galeri.

    Nikmati rakaman asal

    Gunakan pautan YouTube di bawah untuk membuka video yang disertakan oleh galeri. Selepas mendengar, anda boleh menyimpan catatan ini atau meneruskan penerokaan dalam arkib.

  • Kunjungan daripada Peminat P. Ramlee Semenanjung dan Brunei Darussalam

    Kunjungan daripada Peminat P. Ramlee Semenanjung dan Brunei Darussalam

    Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Pada hari Selasa yang lepas, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada peminat-peminat P.Ramlee daripada Semenanjung dan juga Brunei Darussalam. Rombongan ini diketuai oleh saudara Zamhari Materang.

    Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi kelak.

    Gambar sekitar lawatan

  • Irwan Jibam – Entah Di Mana

    Irwan Jibam – Entah Di Mana

    Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

    Semoga terhibur dengan lagu Entah di Mana yang dinyanyikan oleh Wan Jibam di Galeri Lebok Dana.

    Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Entah di mana
    Tempat bermanja
    Nubari terpikat
    Kering dan layu

    Hatiku longlai
    Kosong dan hampa
    Mengharap setangkai
    Mawar yang indah

    Berilah fatwa
    Kata-kata sakti
    Semoga hati nan lara
    Tak ku rasai

    Entah di mana
    Tumpuan hasrat
    Melepas hati rindu
    Di masa lalu

    Berilah fatwa
    Kata-kata sakti
    Semoga hati nan lara
    Tak ku rasai

    Entah dimana
    Tumpuan hasrat
    Melepas hati rindu
    Di masa lalu

  • Senamtari Bersempena Hari Kebangsaan ke-66

    Senamtari Bersempena Hari Kebangsaan ke-66

    Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

    Pertama sekali, Galeri Lebok Dana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat seluruh rakyat Malaysia.

    Pada petang semalam (31 Ogos 2023), Galeri Lebok Dana bersama Geng Pau Suri telah mengadakan sebuah acara Senam Tari yang diketuai oleh Saudara Salleh Annuar @ Noeng bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia. Acara ini dimulakan dengan temu ramah bersama dengan penaja utama iaitu pihak JJ Cleaning Sarawak, Tuan Hj Edruce yang juga mewakili pemilik bersama Puan Hjh Norjanah Ahmad. Selepas itu, bermulanya acara senamtari, karaoke, makan petang dan majlis penyampaian cenderamata yang merupakan set pencuci daripada JJ Cleaning kepada semua peserta-peserta senamtari.

    Dikesempatan ini, Galeri Lebok Dana dan Geng Pau Suri mengucapkan jutaan terima kasih kepada JJ Cleaning Sarawak kerana sudi menaja program kemerdekaan pada tahun ini dan tidak lupa juga kepada saudara Noeng dan peserta senam tari kerana sudi memeriahkan program di Galeri Lebok Dana.

    Kalau ada sumur di ladang,

    Boleh hamba menumpang mandi,

    Kalau ada umur yang panjang,

    Boleh kita berjumpa lagi.

  • Tan Sri Ahmad Nawab – Senimu Sepanjang Zaman

    Tan Sri Ahmad Nawab – Senimu Sepanjang Zaman

    Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.

    Pada 11 – 13 Mac yang lepas, pengasas Galeri Lebok Dana, Abg Bollhasan Abg Alli, bersama dengan 2 orang ahli Geng Pau Suri (GPS), Morse Uotye dan Lutfi Lett, telah pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat rumah Tan Sri Dr. Ahmad Nawab. Banyak cerita yang beliau kongsikan kepada kami selama 2 jam kami melawat kediamannya. Ia adalah satu kenangan yang akan disimpan dan diingati selamanya.

    Pada kesempatan ini, saya dan juga semua ahli kumpulan Geng Pau Suri, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Nawab kerana telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun yang lepas.

    Saya mendoakan agar Tan Sri diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Semoga kita dapat bertemu lagi di masa depan. Amin.

    Semoga anda semua terhibur.

    Terima kasih.

  • Ahmad Jais – Jauh Di Mata

    Ahmad Jais – Jauh Di Mata

    Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

    Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu daripada piring hitam yang bertajuk “Jauh Di Mata” dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi legendaris Malaysia, Allahyarham Datuk Mohd Jais Ahmad (Ahmad Jais).

    “Jauh Di Mata” adalah sebuah lagu yang romantis dengan lirik yang menggambarkan rindu yang mendalam kepada seseorang yang jauh di mata, tetapi dekat di hati. Lagu ini menyampaikan perasaan kerinduan dan keinginan untuk bersama meskipun dalam keadaan yang jauh.

    Lagu ini saya dedikasikan buat sahabat saya, Abdul Rahman Kamaruddin yang kini berada di Johor Bahru yang merupakan seorang peminat tegar Datuk Ahmad Jais. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah yang Maha Esa dan semoga kita dapat berjumpa lagi kelak. Aamiin.

    Semoga terhibur.

    Terima kasih.

    Lirik Lagu

    Bertahun-tahun sudah lama
    Tiada pernah kita berjumpa
    Dikau pergi entah ke mana
    Duhai kawanku nan setia

    Ku teringat masa dahulu
    Masa kita berada di rantau
    Irama senandung anak dara
    Itu nyanyian kita berdua

    Malam bulan purnama
    Tiada hati dirundung duka
    Kita bersenda gurau dipantai

    Riang-riang gembira
    Dengan cahaya sinaran ranmbulan
    Itu semua pengalaman

    Namun kini hilang lenyap sudah
    Kenangan waktu kita bersama
    Dikau pergi jauh di mata
    Jangan lupa khabar berita