Category: Uncategorized

  • Nona Asiah – Se Ia Sekata

    Nona Asiah – Se Ia Sekata

    Hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan lagu dari seorang biduwanita Seniwati Hajjah Nona Asiah berpasangan dengan suaminya MU Kassim yang berjudul “Se Ia Sekata”.

    Semoga Hajjah Nona Asiah berada dalam keadaan sihat.

    Lirik Lagu

    Bila malam sunyi
    Suasana sepi
    Ku termenung sendiri

    Terkenang pujaan
    Hatiku yang telah
    Berjanji sehidup semati

    Aku pun begitu
    Selalu terharu
    Teringat kepadamu

    Kerana pujukmu
    Melagu merayu
    Di dalam sanubariku

    Hmm Hmm

    Semoga segala cita
    Hendaknya segera tercipta
    Agar kita
    Rasa nikmatnya

    Mendengar katamu
    Timbullah hasratku
    Ingin punya dirimu

    Supaya menjadi
    Temanku sejati
    Memadu cinta yang suci

    Mendengar katamu
    Timbullah hasratku
    Ingin punya dirimu

    Supaya menjadi
    Temanku sejati
    Memadu cinta yang suci

    Hmm Hmm

    Semoga segala cita
    Hendaknya segera tercipta
    Agar kita
    Rasa nikmatnya

    Tetapku setia
    Melayar bahtera
    Jika telah bersama

    Sehati serasa
    Sejiwa sekata
    Menuju alam bahgia

    Hmm hmmm

  • Geng Pau Suri @ Malam Era P.Ramlee

    Geng Pau Suri @ Malam Era P.Ramlee

    Video Klip untuk tatapan semua pada Malam Era P.Ramlee dan Saloma yang telah diadakan pada 2 November 2019 bertempat di Serapi Hotel Kuching Sarawak yang dianjurkan oleh Geng Pau Suri dan D’Galeri Lebok Dana.

  • P.Ramlee – Jeritan Batinku

    P.Ramlee – Jeritan Batinku

    Semoga anda ceria dan bahagia selalu. Dengarkan lagu Jeritan Batinku yang dinyanyikan oleh Kassim Selamat a.k.a P.Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku.

    Hanya sekadar hiburan. Jangan marah aaa.

    Lirik Lagu

    Dengar
    Oh, jeritan batinku

    Memekik-mekik
    Memanggil-manggil
    Namamu selalu

    Sehari rasa sebulan
    Hatiku tiada tertahan
    Kupandang kiri
    Kupandang kanan
    Dikau tiada

    Risau
    Batinku menangis risau
    Makin kau jauh
    Makin hatiku bertambah kacau

    Mengapa kita berpisah?
    Tak sanggup menahan asmara
    Oh, dengarlah
    Jeritan batinku

    Risau
    Batinku menangis risau
    Makin kau jauh
    Makin hatiku bertambah kacau

    Mengapa kita berpisah?
    Tak sanggup menahan asmara

    Oh, dengarlah
    Jeritan batinku

  • Illusi – Puisi Cinta

    Illusi – Puisi Cinta

    Malam ini Galeri Lebok Dana memainkan lagu piring hitam yang dipopularkan oleh kumpulan Illusi dengan lagu yang bertajuk Puisi Cinta. Sama-sama kita dengarkan dan semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Suaramu
    Gemersiknya bak buluh perindu
    Coba kau lagukan
    Coba kau dendangkan
    Mengisi di ruang kamarku

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak kuhuraikan
    Nak kubelaikan dirimu

    Akan kusyairkan katamu
    Akan kumadahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta

    Akan kuukirkan senyummu
    Akan kulukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Tiada terkata
    Seindah bahasa
    Nak kuhuraikan
    Nak kubelaikan dirimu

    Akan kusyairkan katamu
    Akan kumadahkan janjimu
    Menjadi coretan gurindam
    Puisi cinta (puisi cinta)

    Akan kuukirkan senyummu
    Akan kulukiskan tawamu
    Menjadikan susunan warna
    Potret indah

    Senyummu
    Menusuk dan membelai di kalbu
    Coba kau ukirkan
    Coba kau pamirkan
    Menjadi hiasan hidupku

    Menjadi hiasan hidupku

  • P.Ramlee – Twist Malaysia

    P.Ramlee – Twist Malaysia

    Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun, Galeri Lebok Dana ingin memainkan lagu Twist Malaysia yang didendangkan oleh Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.

    Lirik dan lagu ini sendiri dicipta oleh beliau dan S.Sudarmaji pada tahun 1964 setahun selepas terbentuknya negara Malaysia yang tercinta. Semoga kita bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama menjaga keamanan negara yang kita cintai ini selamanya.

    Lirik Lagu

    Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia

    Walau kita hidup berbilang bangsa

    Mari bersastu bekerja sama-sama

    Demi untuk tanahair Malaysia raya

    Buktikan jasa hai rakyat Malaysia

    Taat setia pada negara kita

    Sepenuh hatii sebulat kata

    Agar aman makmur negara jaya

    Marilah kita sentiasa berdoa

    Semoga Allah Jauhkan marabahaya

    Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia

    Negeri kita telahpun merdeka

    Rakyatnya hidup sentiaasa ria

    Di bawah pimpinan bijak laksana

    Marilah kiita sentiasa berdoa

    Semoga Allah jauhkan marabahaya

    Dengarlah dengar hai rakyat Malaysia

    Negeri kita telahpun merdeka

    Rakyatnya hidup sentiasa ria

    Di bawah pimpinan bijak laksana.

  • Zaleha Hamid – Musalmah Manis

    Zaleha Hamid – Musalmah Manis

    Galeri Lebok Dana memainkan lagu daripada piring hitam iaitu Musalmah Manis dendangan Zaleha Hamid.

    Semoga terhibur semuanya.

    Lirik Lagu

    Ahai… sayang Musalmah sayang
    Sayang Musalmah nama diberi

    Ahai… parasnya cantik sayang
    Parasnya cantik bak bidadari

    ( korus )
    Manis bahasa baiknya budi sayang
    Sentiasa teringat ( 2X )

    Di dalam hati

    Ahai… Musalmah manis sayang
    Musalmah manis pergi ke Daik

    Ahai… sampai ke Daik sayang
    Sampai ke Daik hari pun petang

    Mulutnya manis hati pun baik sayang
    Sampailah mati (2X)
    Dikenang orang

  • P.Ramlee – Itulah Sayang

    P.Ramlee – Itulah Sayang

    “Itulah Sayang”

    Sayang kepada keluarga,

    Sayang kepada manusia,

    Sayang kepada negara,

    Sayang kepada agama,

    Sayang kepada semua.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 kepada semua rakyat Malaysia tanah tumpah darahku. Semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan Allah SWT dan dirahmati olehNya.

    Dengarkan lagu dari Tan Sri P.Ramlee bersama dengan Normadiah – Itulah Sayang petikan dari filem “Anakku Sazali (1956)”.

    Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Tanya sama hati
    Apa asal sayang?
    Adakah tandanya nampak dipandang?

    Kumbang rayu bunga
    Bulan dan bintangnya
    Punya tanda-tanda hubungan mesra

    Tanya sama hati
    Pernahkah merindu?
    Ingat masa lelah, apa mimpimu?

    Masa berjauhan
    Apa nan dikenang?
    Bila difahamkan itulah sayang

    Jikalau tidak kerana sayang
    Kuntuman kasih tak mungkin kembang
    Andainya jemu mengganti rindu
    Jambangan mesra tentulah layu

    Tanya sama hati
    Apa asal sayang?
    Adakah tandanya nampak dipandang?

    Kumbang rayu bunga
    Bulan dan bintangnya
    Punya tanda-tanda hubungan mesra

    Jikalau tidak kerana sayang
    Kuntuman kasih tak mungkin kembang
    Andainya jemu mengganti rindu
    Jambangan mesra tentulah layu

    Tanya sama hati
    Apa asal sayang?
    Adakah tandanya nampak dipandang?

    Kumbang rayu bunga
    Bulan dan bintangnya
    Punya tanda-tanda hubungan mesra

  • Dr Sam – Saya Anak Malaysia

    Dr Sam – Saya Anak Malaysia

    Malam ini Galeri Lebok Dana akan memainkan lagu daripada DR Sam yang berjudul Saya Anak Malaysia bersempena dengan bulan Kemerdekaan Malaysia. Mari kita dengarkan bersama. Semoga terhibur.

    Lirik Lagu

    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia

    Sembilan belas lima puluh tujuh
    Bulan lapan kita merdeka
    Setelah dijajah oleh orang Inggeris
    Kamikaze dan Portugis

    Dari Perlis ke Kota Kinabalu
    Rakyat bersatu dan maju
    Bumi bertuah hasil melimpah
    Siapa rajin hidup mewah

    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia

    Melayu, Cina, Iban, India
    Kadazan, Portugis pun ada
    Semua kaya dengan budaya
    Di bawah kibaran satu bendera

    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia

    Hujan emas di negeri orang
    Hujan batu di negeri kita
    Walaupun cantik negeri orang
    Tentunya Malaysia cantik lagi

    Melayu, Cina, Iban, India
    Kadazan, Portugis pun ada
    Semua kaya dengan budaya
    Di bawah kibaran satu bendera

    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia
    Saya anak Malaysia

  • P.Ramlee – Rindu Hatiku Tidak Terkira

    P.Ramlee – Rindu Hatiku Tidak Terkira

    Artis : P.Ramlee

    Lagu : Rindu Hatiku Tidak Terkira

    Petikan dari filem Juwita (1951) yang dibintangi oleh P.Ramlee, Kasma Booty dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd di Singapura.

    Lirik Lagu

    Rindu hatiku tidak terkira
    Terkenang orang yang jauh
    Rindu hatiku tidak terkira
    Terkenang orang yang jauh

    Yang selalu bermain di mata
    Ibarat kumbang rindukan bunga
    Yang selalu bermain di mata
    Ibarat kumbang rindukan bunga

    Bila kupandang bulan di kalang
    Parasmu yang cantik gemilang
    Makin lama jelas kelihatan
    Senyumanmu menawan

    Bilakah masa kita berjumpa?
    Memadukan asmara
    Bilakah masa kita berjumpa?
    Memadukan asmara

    Yang senantiasa bergelora
    Menyala-nyala dalam dada
    Yang senantiasa bergelora
    Menyala-nyala dalam dada

    Tak boleh kulupa sekejap mata
    Ingin pula kita berkata
    Tempat berlindung dan bergantung hati
    Kupuja sampai mati