Kunjungan daripada Ikatan Mesra Sehati Sejiwa (IMSS)

Kad tajuk video kunjungan Ikatan Mesra Sehati Sejiwa (IMSS) dari Brunei Darussalam ke Galeri Lebok Dana, berlatarkan potret P. Ramlee

Written by

in

Petang Jumaat yang lepas, galeri kami berasa terhormat dengan kunjungan lebih daripada 10 orang peminat seni agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dari Negara Brunei Darussalam. Rombongan ini adalah daripada kumpulan Ikatan Mesra Sehati Sejiwa (IMSS).

Sepanjang lawatan, suasana penuh meriah apabila para tetamu sempat merakam gambar kenangan bersama serta berkaraoke lagu-lagu P. Ramlee yang menjadi warisan muzik sepanjang zaman. Lebih bermakna lagi, pihak galeri amat menghargai cenderahati yang dibawakan oleh mereka sebagai tanda kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada rombongan Ikatan Mesra Sehati Sejiwa (IMSS) atas kunjungan yang penuh mesra ini. Semoga silaturahim ini terus berkekalan dan kita berpeluang untuk berjumpa lagi pada masa akan datang.