Pada 30 Ogos yang lalu, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada rakan-rakan dari Bintulu yang dibawa oleh Saudara Lutfi Lett. Kami amat berbesar hati dapat menyambut kedatangan mereka ke galeri kecil kami ini. Para tetamu sempat melihat koleksi-koleksi yang ada di sini, sekaligus merasai suasana penuh nostalgia yang ingin kami kongsikan melalui setiap bahan pameran.
Kunjungan kali ini turut dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama, di mana lagu-lagu malar segar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menjadi pilihan. Gelak tawa dan semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang sesi tersebut benar-benar menceriakan suasana.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Lutfi Lett dan rakan-rakan dari Bintulu atas kesudian singgah ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang, insya-Allah.
