Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin membawa anda meninjau sedikit sebanyak koleksi buku yang tersimpan rapi di galeri kami. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai judul dan bidang, yang disimpan bukan sahaja sebagai bahan bacaan, tetapi juga sebagai warisan ilmu untuk generasi mendatang.
Buku-buku ini diharapkan mampu menjadi rujukan berharga serta sumber inspirasi buat mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Usaha menyimpan dan memelihara buku ini adalah salah satu cara kami memastikan ilmu dan sejarahnya tidak hilang ditelan masa, sebaliknya terus segar untuk dimanfaatkan.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran kepada rakan-rakan semua bahawa Galeri Lebok Dana bukan sekadar ruang pameran, tetapi juga pusat ilmu yang ingin mendekatkan masyarakat dengan khazanah pengetahuan.
